Thursday, March 22, 2012

KaRipaP

Assalammualaikum...ermmmm dah berapa hari tak hupdate...bz nau...banyak kerja plak lately...ada kursus la..bengkel la...dan macam macam lagi...tapi dalam bz bz tu...sempat jugak aku masak...hari sabtu malam hari tu..ada jugak la buat karipap...ada orang teringin nak makan...kira kiranya aku ni ...memenuhi je la keinginan orang nak makan...hehehehe

Moh Masak Karipap


kulit karipap:

1 mangkuk  Tepung gandum (mangkuk - container plastic bulat yang orang letak tau fu fa tu)
50 ml Minyak masak
100 ml Air
Garam

Inti:

1 biji Bawang besar- dipotong dadu kecil
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
2 sb Cili kisar
1/2 pkt kecil Serbuk kari
2 biji Ubi kentang - dipotong dadu
150 gm Isi ayam- dipotong dadu
2 tangkai Daun sup- dihiris halus
garam 
gula

Untuk membuat kulit...panaskan minyak...bila minyak betul betul panas, curah kan ke dalam tepung. guna sudu kayu untuk sebatikan minyak dan tepung.

Bila sudah sebati, masukkan air dan garam. uli hingga menjadi doh. rehatkan.

sementara rehat kan doh, boleh la memasak inti. mula mula panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar sehingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kari yang telah di peskan dengan sedikit air. masak sehingga garing. 

kemudian masukkan ubi kentang. sekiranya inti terlalu kering, bolehlah tambah kan sedikit air. masak sehingga ubi kentang empuk. apabila ubi kentang hampir empuk, masukkan isi ayam dan perasakan garam dan gula. Teruskan masak sehingga kesemuanya sebati dan empuk (masak).

Masukkan daun sup dan tutup api.



Boleh lah mula membuat karipap.

No comments:

Post a Comment