Friday, March 30, 2012

MeE SiPut GoRenG

Ini menu pagi tadi...breakfast.... mee siput goreng...tapi ada jugak orang yang tak suka makan...katanya ada rasa mee tak masak....ermmmm ntah la...tapi aku suka... malas nak cerita panjang....


Moh Masak Mee Siput Goreng



5 kpg Mee siput - direndam
1 biji Bawang besar - ditumbuk
3 ulas Bawang putih - di tumbuk
4 biji Cili api - ditumbuk
1 sb Cili kisar
60 gm Daging - di hiris nipis
Garam
Gula
Serbuk ayam
1 sb Kicap manis
80 gm Kobis - dihiris
1/2 btg Lobak merah
2 biji telur - di goreng hancur

Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing. Masukkan cili kisar dan teruskan masak sehingga cili garing. kemudian masukkan daging dan sedikit air.



 Masukkan garam, gula dan serbuk ayam secukup rasa. Masukkan kicap manis. kemudian masukkan mee dan sayuran. Aku guna kobis saje. sebab itu je pun yang ada dalam peti ais. kamu boleh la tambah apa pun jenis sayur yang kamu suka. goreng sehingga mee masak dan sayuran lembut. masukkan telur goreng hancur.

Siap untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment