Tuesday, March 13, 2012

Sup TuLanG RawaN KeBabbbboooommmmm!!!

Assalammualaikum....selamat bersiaran dalam rancangan 'Moh Masak bersama MeLLmeRah'..hehehehehe
Apa kabar semua hari ni....aku harap kamu semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah...nampak nye lagi sekali..bumi dungun di limpahkan rahmat..hujan dari pagi tadi tak berhenti henti...nak pegi keje pun malas...nak tido jer rasa....

Ini bukan penulis...hehehehe

Hari tu kan buat Ice Cream Jagung yang sedap...so kemas la peti ais...nnt tak tau plak nak sumbat mana aiskrim tu...tetiba ternampak tulang rawan...ermmmm berapa lama dah tulang tu ada kat situ yea....hehehehe

so, perancangan  nya...ermmmm masak sup la..nak buang sayang....

Moh Masak sup tulang rawan....kebbbabbboom!


Sup Tulang Rawan
2 kg Tulang rawan
2 inci Halia
5 ulas Bawang putih
Rebus tulang rawan bersama halia dan bawang putih yang di ketuk sehingga empuk.


6 biji Bawang merah - Kisar
4 ulas Bawang putih- Kisar
2 cm Halia - Kisar
1 btg Kulit kayu manis
1 biji Buah pelaga
1 biji Bunga lawang
2 biji Bunga cengkih
1 pkt Rempah sup
2 biji Ubi Kentang- di potong dadu
1 biji Lobak merah - di potong dadu
Daun bawang
Daun Sup
Bawang goreng
Garam
minyak untuk menumis

Mula mula, tumis bahan yang dikisar bersama sedikit minyak sehingga naik bau.

Kemudian, masukan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih. masukkan rempah sup.
tumis sehingga rempah naik bau.

Masukkan tulang bersama air rebusan kedalam periuk rempah tadi. masak lagi sehingga mendidih.


Boleh masukkan ubi kentang dan lobak merah. masak lagi sehingga ubi kentang dan lobak merah empuk. Bila semuanya dah empuk boleh la perisakan dengan garam.

ok? siap untuk dihidangkan. jangan lupa taburkan daun bawang dan daun sup yang diracik halus.

Sup tulang ni sedap kalau dihidangkan bersama nasi panas, sambal kicap dan ikan masin.
kalau nak telur masin dan sambal belacan pun ngam jugak.


Memandangkan aku diet nasi...so makan la bersama bihun...pun sodap!


1 comment:

  1. suppp...sy suke sgt...cube admin bg resepi sup wantan ke? sup2 yg mcm org korea suke mkn tp yg halal la.. Sy suke tgk citer korea n tgk diaorg mkn sup panas2..

    ReplyDelete