Wednesday, August 15, 2012

ChoCoLatE BoTTom BaNaNa SquAre

Hye...x mo berceloteh panjang...moh kite nengok je resepi chocolate bottom banana square. kek ni memang sedap dan bahan yang digunakan juga sangat mudah....rugi tau kalau tak buat...rasanya memang sedap...aku dah 3 kali buat kek ni...resepi diambil dari blog azlita aziz masam manis...kak minta share disini pula...




Moh Masak Chocolate Bottom Banana Square
1/2 cawan Mentega
1 cawan gula kaster
1 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 cawan pisang lenyek
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 teaspoon salt
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
1/2 cawan kismis
Dalam mangkuk, pukul mentega dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.

Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.

Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond@kacang nibs dan kismis.

Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong.

No comments:

Post a Comment