Monday, September 17, 2012

mEE HaiLam

Makan malam semalam juz buat mee hailam je...malas nak masak benda lain...2 orang makan sebungkus mee kuning...licin...itu tandanya apa yek? mee hailam nye sedap ke atau lapor...hehehehe




Aku ni kurang siket makan mee...aku lebih suka kuey teow or mihun...tapi sejak kebelakangan ni memang suka plak makan mee...mungkin kalau masak sendiri je kot... kalau makan kat kedai tak...ermmmmm hehehe

Apa beza mee hailam ngan mee goreng? mee hailam berkuah sedikit...tapi mee goreng kering kan...kalau mee goreng mamak lagi kering n ada pecah telur...ermmmm sedapnye... macam nak makan mee goreng mamak plak....kihkihkih

Resepi mee ni aku hentam saja...tapi sebab rasanya boleh tahan sedap (masuk bakul angkat sendiri) maka aku kongsilah di sini..kalau nak tambah bahan lain pun boleh seperi hirisan cili merah, daun bawang, daun sup...dipersilakan..aku tak letak memandangkan tak ada stok kat rumah...guna apa yg ada je....jom la masak....


Moh Masak Mee Hailam



3 ulas Bawang merah- ditumbuk
2 ulas Bawang putih- ditumbuk
3 bj Cili padi- ditumbuk
minyak masak
2 sb Cili kisar
5 ekor Udang -dibuang kulit
1/2 ekor Sotong-di hiris bulat
50 gm Daging- hiris nipis
50 gm Isi ayam -potong dadu
1 cwn Air
3 sb Kicap manis
2 sb Kicap pekat
gula
garam
1 bungkus Mee kuning-basuh dahulu
3 tangkai Sawi - dipotong pendek
80 gm Kobis bulat - dipotong kasar


  1. Mula mula tumis bahan tumbuk hingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. masukan udang, sotong, daging dan ayam. masak hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan air, kicap, gula dan garam. apabila rasa dan warna dah ok, boleh masukkan sayur dan mee.
  4. Masak sekejap kemudian sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Agak2 klu gna spageti sdp dok? Nak nerai tu yng malas,

    ReplyDelete