Thursday, September 6, 2012

NaSi LeMak + SamBal TumiS iKan BiLis

Hari ni sarapan nasi lemak...tambah ayam goreng..sambal tumis ikan bilis..bawa bekal g opis...hehehehe
resepi nasi lemak boleh diambil disini...
Itu hari wat sambal telur kan...ini hari aku buat sambal ikan bilis....
Moh Masak Sambal Tumis Ikan Bilis
3 ulas Bawang putih - ditumbuk
1/2 inci Belacan bakar
1 biji Bawang besar-hiris
1 cwn Cili kering kisar
minyak
1/2 sb Asam jawa dibancuh air
1/2 cwn Ikan bilis
Gula dan garam
Mula mula panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. kemudian masukan cili kering kisar dan belacan, masak sehingga garing. Tambahkan bawang besar dan air asam jawa. Masukkan ikan bilis. kemudian perasakan gula dan garam. dah siap...mudah je kan....
Untuk ayam goreng pula...aku sekadar lumurkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit serbuk kari...kemudian goreng sehingga garing...




No comments:

Post a Comment