Tuesday, September 11, 2012

SuP BroKoLi bErsaMa KeJu

Pernah makan sup brokoli? cuba la...rasanya sedap...kalau kamu semua tak suka brokoli boleh juga di tukar dengan sayuran lain seperti carrot, kobis bunga, ubi kentang, cendawan dan macam macam lagi... cuma tukar sahaja sayuran tadi, kuantiti tetap sama..bila masak sup ini, kesukarannya adalah untuk mengekalkan warna hijau yang terdapat pada brokoli tersebut. bila kita masak terlalu lama, sup ini akan bertukar warna pucat atau kekuningan. jadi kalau nak buat sup brokoli ni jangan terlebih masak brokoli nya...nanti warna sup tak cantik. walau bagaimanapun, rasa nya tetap sedap..hehehehe.
 
 
 
Dalam sup ini aku menambah keju..nak bagi rasanya dan kesedapannya meletup letup kebaaboom! kih kih kih. keju yang aku gunakan ialah cheddar. ini kerana cheddar mempunyai tekstur yang lembut tetapi tidak hancur di dalam sup dan juga rasanya yang tidak terlalu masin...orang kata sedang sedang elok je...so masa kita makan tu nanti ada lah tergigit gigit cheddar...ermmmm...yummy!
 
Moh Masak Sup Brokoli Bersama Keju
 
 
 
Resepi untuk 4 orang
 
500 gm Brokoli - di potong kecil
50 gm Bawang besar- potong dadu
100 ml Susu segar
100 gm Keju cheddar- di parut
4 sb Mentega
1 lt Stok ayam - aku campur 1 lt air dengan 20 gm Serbuk pati ayam
2 sb Tepung gandum
 
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang besar yang telah di dadu.
  2. Apabila bawang telah layu masukkan brokoli. kacau sebentar. kemudian masukkan tepung. kacau sehingga rata.
  3. Masukkan stok ayam dan reneh sehingga brokoli lembut.
  4. Apabila brokoli telah lembut, padamkan api.
  5. Kisar sup sehingga benar benar hancur. tuang kembali kedalam periuk.
  6. Panaskan sup semula, masukkan susu segar dan keju. perasakan garam. ( tapi kalau dah gunakan stok ayam yang serbuk tu tak perlu tambah garam..kerana rasanya memang dah ok)
  7. Siap untuk dihidang.
 
Selamat mencuba!
     

No comments:

Post a Comment