Tuesday, October 23, 2012

FrUiT FLan


Assalammualaikum....bertemu kembali setelah sekian lama bercuti dalam berbloging. lagi satu bermasalah sikit ngan mozilla...eiiiiii rasa macam nak hempuk hempuk lappy ni...kenapa ntah tak boleh sign in...haishhhhh tak tau la sampai bila masalah ni nak settle...lagi satu baru balik bercuti...tu yang cuti jugak berbloging...heehehehehehehe....
Untuk cerita aku bercuti tu...nanti akan aku kongsikan...so now aku nak share ngan kamu semua resepi fruit flan.  untuk membuat fruit flan ni kite kena wat dulu dia nya pie crust...pie crust kena bakar sehingga masak then baru letak segala isi perutnye...hehehehehe
Moh Masak Fruit Flan
Pie crust:
250 gm Tepung
125 gm Mentega
65 gm Air (sejuk)
5 gm Gula
5 gm Garam
Krim Pastri:
50 gm Gula kaster
1 bj Telur
1 sk Esen vanilla
25 gm Tepung Kastard
250 ml Susu segar
Topping:
Kiwi
Strawberry
Peach dalam tin
  1. Untuk membuat pie crust. campur mentega dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. kemudian masukkan garam dan gula. Campurkan air sejuk dan gaul hingga menjadi doh.
  2. Rehatkan 10 minit sebelum di gunakan. setelah 10 minit ambil doh tersebut dan gelek sehingga nipis. Masukkan ke dalam tin pembakar untuk pie. (bulat dan nipis). tekan dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 180 selama 25 minit.
  3. Untuk membuat krim pastri. campurkan semua bahan dan kacau dengan menggunakan whisk sehingga rata. masukkan dalam periuk, diatas api sederhana, kacau krim tersebut sehingga kental. alihkan dari api.
  4. Setelah Pie crust masak, paip kan krim pastry didalam pie crust. kemudian boleh susun buah mengikut citarasa. apabila sudah siap, boleh lah sapukan bahagian atas dengan mengguna syrup dari peach dalam tin atau pun air gula.






Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment