Tuesday, November 6, 2012

iKan KeraPu Kukus

Cerita ikan lagi...hehehehehe...nak buat macam mana kan...itu jer pun yang asik di bawa balik ke rumah kalau en.azam ni bercuti...mentang lah rumah dekat ngan laut...memanjang nak ke laut jer dia...kali ni dia bawak balik pulak ikan kerapu...pasal dah kena warning awal awal tak mau ikan cencaru...memang dia dapat banyak ikan cencaru tetapi semua bagi kat orang jer...ikan kerapu ni dapat 3 ekor...seekor yang besar aku masak kukus...yang lagi dua ekor aku masak tiga rasa... rasa manis ikan memang terserlah...maklum la segar dari laut...tak mau simpan simpan...nanti hilang manisnya...habis dimasak semuanya...hahahahaha...puas nak habiskan...


Moh Masak Ikan Kerapu Kukus


1 ekor Ikan Kerapu, dibersihkan dan dibelah dua tidak putus
2 ulas Bawang putih, dihiris
1 bj Bawang besar, dihiris
1 inch Halia, dimayang
5 bj Cili api, di hiris
2 btg Serai, diketuk
1 biji Tomato, di buang biji dan dipotong memanjang
1/2 biji Limau nipis, diambil jusnya
1 sb Sos ikan
garam
1/8 cwn air
  1. Panaskan air dalam pengukus. Letakkan ikan didalam dulang yang telah disapu dengan sedikit minyak, gaulkan ikan dengan garam secukup rasa.
  2. Taburkan bawang putih, bawang besar, halia, cili api, serai, tomato di atas dan bawah ikan. Tuangkan air yang telah dicampur jus limau nipis dan sos ikan.
  3. Apabila air didalam pengukus sudah mendidih, boleh masukkan ikan dan kukus selama 25 minit.
  4. siap untuk dihidang


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment