Tuesday, November 27, 2012

LyChee aNd PiNeAppLe CoLd

Assalammualaikum...



Baru baru ni aku ada buat hidangan pengantin...biasa biasa jer...tak der la meletup kebaboom...ye la aku ni bukan reti sangat benda benda macam ni kan...tolong je buat...jiran aku mintak tolong kat mak aku...mak aku pulak tetiba demam...apa lagi bidan terjun ni pun terjunlah untuk menyelamatkan keadaan...hehehehehe...
 
Menu nye ialah Udang panjat, ikan siakap tiga rasa, chicken boxing (yang ni kakak aku buat), dan lychee and pineapple cold sebagai pencuci mulut. jadi makanya hari ini aku nak kongsi resepi lychee and pineapple cold dengan korang sume...resepi di ambil dari kak ita masam manis...aku mintak izin share kat sini pulak yea kak...terima kasih....

Moh Masak Lychee and Pineapple Cold

 
 
Puding lychee

10 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1cawan cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlm tin dimesin bersama ainya

Masakkan air, agar2 dan gula hingga mendidih dan gula larut.
Tutup api dan masukkan susu dan buah lychee yg telah dikisar bersama airnya tadi.
Kacau rata.
Tuangkan ke dalam 1/2 acuan atau mangkuk kaca kecil

Puding nenas

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
beberapa biji ceri merah utk hiasan

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
bancuhkan tepung kastard dan susu cair.
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan keatas lapisan puding lychee tadi secara perlahan2.
Hiaskan atasnya dengan nenas dan buah ceri tadi.
Biarkan sejuk.

Sos Kastard

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam.
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment