Sunday, November 25, 2012

ToRtiLLa WraP

Hye...bertemu lagi...hari ni nak kongsi resepi tortilla...tortilla ni aku wat sendiri... lebih jimat dan lebih lembut...hehehehehehe...bukan susah pun...ni menu yang tak payah nak pening pening kepala...dok pikir sehari sentuk apa nak wat minum pagi la...nak wat minum petang la kan... amik jer resepi ni...gerenti sodap! budak budak mesti suka...jangan kata budak budak...mak budak pun suka....kihkihkih
 
 


Moh Masak Tortilla Wrap
 
Tortilla
 
1 cwn Tepung gandum
2/4 cwn Air panas
1/4 cwn Air biasa
1 sb Minyak
secubit garam
 
 
Campurkan garam ke dalam tepung. Masukkan air panas kedalam tepung. gaul menggunakan sudu sehingga sebati. kemudian masukkan air sejuk dan minyak. dengan menggunakan tangan uli doh sehingga sebati dan lembut. kalau doh terlembik boleh tambah kan tepung. kalau terkeras pula tambahkan jer air.
 
 
Rehat kan doh selama 30 minit. bahagikan doh kepada beberapa bebola. kemudian canaikan sehingga nipis. Goreng tanpa minyak.
 
 
 
Inti untuk satu tortilla
 
 
 
Sos cili
Mayonis
1 biji Telur - digoreng dadar bersama bawang
1 kpg Cheddar cheese
1 btg Sausage
Mozarella cheese - diparut
 
 
 

Sapukan cili sos dan mayonis diatas tortilla.
Letakkan telur dadar. diikuti dengan kepingan cheddar cheese.
Kemudian letakkan sausage.
Gulung kemas kemas. letakkan tortilla diatas dulang pembakar dan taburkan mozarella cheese. 
Bakar pada suhu 170 c sehingga cheese cair dan keperangan.
 
 
 
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment