Wednesday, February 26, 2014

SeRbuK RoTi

Assalammualaikum...

apa khabar semuanya hari ni? hope sihat la ek. aku macam dah ada tanda tanda nak batuk dan selsema ni. mintak mintak tak jadi. nak kena makan vita - C ni. mencegah lebih baik dari mengubati. chewaaah!


Hari ni aku nak share tutorial macam mana nak buat serbuk roti. mudah je. aku memang tak suka beli serbuk roti kat kedai tu pasai warna oren. tapi kalau jumpa warna putih aku beli. tapi kat dungun ni payah nak dapatkan serbuk roti warna putih tu, so aku prefer untuk buat sendiri. Kebetulannya pulak, korek korek peti ais terjumpa lak roti hotdog yang entah berkurun bila..hahahahaha..selagi roti tu tak berkulat, makna nya ok la kan. roti ni kalau kite rasa tak habis nak makan jangan simpan kat luar, letak dalam peti ais boleh tahan lebih lama. macam sekarang ni la, kalau tak nak makan boleh buat serbuk roti. jimat!

Moh Buat Serbuk Roti

Roti secukupnya


1. potong kecil roti. kalau guna roti keping tak perlu buang kulit.
2. susun dalam dulang, dan bakar selama lebih kurang 10 mint pada suhu 150C. bakar sehingga kering.
3. Kemudian kisar serbuk roti sehingga halus. Simpan dalam bekas dan dalam peti ais.

 Selamat mencuba!

Tuesday, February 25, 2014

MeNu DiEt: CuRRy MaRinaTed GriLLeD ChicKen WiTh AsPaRaGus

Assalammualaikum...

wahhhhh nama menu hari ni tak mo kalah kan...omputih gitu. hahahahahaha bukan apa susah sangat aku nak translate dalam bahasa melayu. kelakar pulak bunyi nye. Menu ni sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana tiada gula, kanji dan minyak dalam penyediaan nya. Bagi sesiapa yang sedang menjalani HCG program phase 2, menu ni sangat sesuai untuk menambahkan variasi dalam hidangan. Apa itu HCG diet?...hah pada mereka yang tak tau lagi mengenai program ni boleh lah nengok disini k.


ok tunggu apa lagi..moh kite nengok sket menu diet nih..sedap woooo...

Moh Masak Curry Marinated Grilled Chicken with Asparagus


1 keping Dada ayam
1 sb Serbuk Kari
sedikit garam dan lada sulah
100 gm Asparagus

1. Perap dada ayam bersama serbuk kari, garam dan lada sulah. 
2. Dengan mengggunakan pemanggang tanpa lekat, panggang ayam tersebut sehingga masak. tujuan pengguna pemanggang tanpa lekat ini ada lah untuk memastikan kite tidak menggunakan minyak.
3. Rebus air sehingga mendidih, dan letakkan sedikit garam. celur asparagus sehingga masak.
4. Tadaaaa siap untuk dihidang.

Mudah je kan.

Selamat Mencuba!

Thursday, February 6, 2014

ChOux PasTry 3: SwAn

Assalammualaikum...

Sambungan dari episod yang lepas...



Untuk menghasilkan swan daripada choux pastry, korang dah tau macam mana nak paipkan adunan sebelum dibakar kan. so sekarang ni aku nak tunjukkan pula macam mana cara nak potong dan susun agar ianya menjadi swan. 

Mula mula, bagi kepala swan, titikkan sedikit coklat untuk menghasilkan mata . 


Bagi badan nya pula, Potong kepada dua bahagian.


 

Kemudian, ambil bahagian yang atas, dan di potong dua lagi secara memanjang.


Paipkan krim kastard di tengah tengah choux pastry (bahagian bawah), dan letakkan choux pastry yang di potong dua tadi di kiri dan kanan untuk di jadikan sayap. akhir sekali cucukan kepala.


Siap untuk di hidangkan.


ChoUx PasTry 2

Hye...

Ok..ni dia sambungan choux pastry. resepi untuk adunan choux pastry boleh ambil di sini. setelah siap adunan tadi, bolehlah masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle berbentuk star. 


Untuk membuat cream puff, paip kan membulat dan tinggi.


Bagi eclairs pula, paip kan memanjang.



Untuk Paris brest, paip kan seperti bentuk donut.


Yang ini pula bagi menghasilkan swan. paipkan besar di bahagian belakang dan tirus di bahagian depan.





Untuk menghasilkan kepala swan, paip kan seperti di bawah. gunakan kon yang diperbuat daripada kertas untuk  paipkan adunan. boleh juga menggunakan piping bag pakai buang dan potong kecil di bahagian hujung. 


Paipkan seperti nombor dua. mulakan di bahagian paruh swan, berhenti dan paip kan lebih banyak untuk menghasilkan kepala, kemudian teruskan dengan membuat nombor dua.



Bakar adunan pada suhu 200 C selama 25 minit. bagi kepala swan bakar sehingga mendapat warna keperangan lebih kurang 5 - 8 minit.  Apabila choux pastry telah masak, biarkan seketika di dalam oven untuk pastikan ianya benar benar sudah kering di bahagian dalam.  setelah itu boleh lah di keluarkan untuk di potong dan di isikan krim kastard. Untuk resepi krim kastard boleh lah di ambil disini.


Jangan lupa nengok episod 3 choux pastry ni yea...
Selamat mencuba!

ChoUx PasTry

Assalammualaikum semua...

Yeay hari ni dah hari khamis. Esok cuti! best nyeeeee

Hari ni nak kongsi resepi choux pastry  dan step by step macam mana nak prepare choux pastry ni. Daripada choux pastry kite boleh menghasilkan cream puff, eclairs, profiterols, swan dan paris brest. Nanti aku tunjukkan satu satu bentuk bentuk bagi nama yang aku bagi tau tadi. Choux pastry ni tekstur nye garing di luar dan lembut serta berlubang didalam bagi memudahkan untuk kita mengisi inti. Choux pastry yang tidak jadi menghasilkan isi yang padat dan mungkin terlalu keras atau terlalu lembut. 

Faktor faktor yang menyebabkan choux pastry tidak menjadi adalah disebabkan, pada ketika telur dimasukkan mungkin adunan tepung masih lagi panas, telur terlebih, suhu oven yang rendah dan kaedah penyediaan yang salah. jadi disini aku akan tunjukkan langkah demi langkah bagi penyediaan choux pastry supaya kita dapat menghasilkan choux pastry yang sedap.

Moh Masak Choux Pastry

250 gm Air
125 gm Marjerin
3 gm Garam
187.5 gm Tepung roti atau tepung gandum
312.5 gm Telur

1. Masukkan air dan marjerin ke dalam periuk.


2. Panaskan dan biarkan sehingga marjerin cair sepenuhnya.


3. Biarkan seketika sehingga marjerin dan air bercampur dan mengelegak. Masukkan garam.


4. Apabila air tadi sudah mengelegak, masukkan tepung. Tepung di masukkan sekaligus. tidak perlu di masukkan sedikit demi sedikit. 



5. Gaul kan. Padamkan api. 



6. Gaul kan lagi sehingga semuanya sebati dan menjadi doh. pastikan tiada tepung tepung yang tidak bercampur sebati. 



7. Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Untuk mempercepatkan proses penyejukkan. Doh tadi boleh la di rata ratakan di sekeliling mangkuk. seperti dalam gambar. biarkan di suhu bilik. sekiranya ingin diletakkan di dalam peti sejuk pastikan tidak terlalu lama kerana apabila terlalu keras ianya menyukarkan kerja nanti.


8. Apabila adunan sudah sejuk. kumpulkan semua semula. 


9. Masukkan sebiji telur. Kacau sehingga betul betul sebati. Pada ketika ini anda boleh menggunakan mesin pemukul atau hanya menggunakan senduk kayu. Apabila telur sudah sebati, baru lah dimasukkan lagi sebiji. ulangi proses ini sehingga semua telur sudah abis.


 
10. Baginilah tekstur choux pastry yang sudah siap. 


 Selamat Mencuba!

Moh Nengok Choux pastry 2.


Wednesday, February 5, 2014

MeNu DieT: RoTi OoPsiE

Assalammualaikum...

Apa khabar semua, harap harap berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah.

Hari ni plak aku nak share menu diet. Roti oopsie. Roti oopsie ini sesuai bagi mereka yang sedang menjalani diet karbohidrat atau kanji di mana tiada tepung dan gula yang digunakan dalam pembuatannya. Maklum la dalam musim musim berdiet tetiba lak nak makan roti...yezza ini lah roti yang sesuai dimakan. Teksturnye tidak lah sama seperti roti yang biasa kite makan tu yea, ianya agak ringan dan lembut. tapi masih lagi sedap. kiranya kalau nak wat burger ke , sandwich ke...kira boleh lah.


Moh kite nengok resepi roti oopsie ni plak...

Moh Masak Roti Oopsie

3 biji Telur
100 gm Cream cheese
1 sk Serbuk penaik
secubit garam

1. Asingkan kuning dan putih telur. pastikan tiada kuning telur yang tertinggal di dalam putih telur.
2. Pukul putih telur sehingga betul betul kembang. sekiranya mangkuk diterbalikkan putih telur tidak jatuh.
3. ketepikan putih telur. 
4. Pukul cream cheese dan kuning telur sehingga kembang. masukkan garam dan serbuk penaik.
5. Dengan menggunakan spatula, kaup balik putih telur ke dalam adunan cheese tadi. perlahan lahan sehingga semuanya sebati.
6. Sendukkan adunan ke atas dulang. dan bentukkan bulat. boleh dapat 6 biji.
7. Bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Anda juga boleh menambah kan kesedapannya lagi dengan menambah herba, bijan atau kuaci.

Selamat mencuba!

Tuesday, February 4, 2014

AyAm oooo AyaM

Assalammualaikum...

Salam satu Malaysia..

Semalam MeLLMeRaH rajin siket. Nak buat tutorial macam mana nak buang tulang ayam, omputih kate 'debone'. Bahagian yang aku nak tunjukkan adalah bahagian whole leg. ermmmm dalam bahasa apa ek. Peha penuh. hehehehehe. ye kot. 

Biasa nye tujuan kite debone adalah untuk satu satu masakan yang memerlukan isi sahaja. untuk bahagian whole leg ni biasanya kite buat chicken chop. Kalau kat dungun ni, susah nak dapat whole leg yang dah siap debone, kalau ada pun jual dalam satu peket. nak dibuat apa plak banyak banyak kan. bukan nye hari hari aku nak melantak chicken chop. so, memandangkan semalam en.azam nak makan western katanya, so aku pun buat la chicken chop ni. terkial kial jugak lah nak mengambil gambar tengah men 'debone' ayam ni. harap harap berguna lah untuk mereka yang tak pandai membuang tulang di bahagian peha ayam. 

Moh Belajar Membuang Tulang Ayam

Ini lah bahagian 'whole leg' - bahagian peha (drumstick) yang terus bercantum bersama atas peha (thigh).


  

Seterusnya, tekan tekan ayam tersebut untuk pastikan kedudukan tulang. Dengan menggunakan pisau, potong betul betul bersebelahan dengan tulang ayam. ikut bentuk tulang tersebut.



Apabila sebelah bahagian tulang sudah selesai, tolakkan isi ayam tersebut supaya nampak bahagian tulang sepenuhnya.


Semasa menolak isi ayam ketepi, masukkan pisau dan potong mengikut bentuk tulang sampai ke hujung.


Pada ketika ini, dibahagian atas dan tepi tulang sudah tiada isi ayam. 


Masukkan pisau di bahagian bawah tulang pula. Dan potong mengikut bentuk tulang sampai kehujung. 


kini, Tulang sudah terpisah bersama isi ayam. 



Untuk kelihatan kemas, potong sedikit di bahagian kaki. 


Dan untuk mencantikkan lagi potongan, potong tulang yang berhampiran dengan kaki. atau anda juga boleh lah terus membuang tulang tersebut kesemuanya. 



Tulang tadi boleh lah di simpan untuk membuat air rebusan atau boleh sedekah pada jin. hehehehee.






Selamat mencuba!