Tuesday, May 12, 2015

NaSi GoRenG PaTaYYa

Assalammualaikum...

selamat pagi...

Resepi yang aku nak kongsikan hari ni ialah nasi goreng patayya. nasi goreng patayaa ni ialah nasi goreng yang dibungkus dalam telur. biasanya resepi nasi goreng yang digunakan agak simple je dan bewarna putih. haaaissshhhhh lupa lak nak snap gambar nasi nye dulu. ni sume gambar dah siap bungkuih ngan telur..huhuhuhuhu...



Macam biasa rencah yang aku gunakan dalam nasi aku ialah....mr.squid...stok x habih lagi oiiiii... biasanya orang gunakan isi ayam. walaubagaimanapun..dalam masak memasak punya cerita ni..terpulanglah pada selera masing masing. 

memandangkan buat masa ni masih lagi hidup berdua, kekadang makan malam yang aku sediakan simple simple saja. senang cerita makan habis. kalau masak beria nanti lauk 2 3 jenis..tak berabih makan dah membazir kan. tengahari tentu tentu dah x masak...kerja kan. so kalau nak masak pun malam je. kalau hari minggu pulak, biasanya aku akan masak 2 jenis, lauk dan sayur, kalau berlebih boleh bawa ke malam. 


Moh Masak Nasi Goreng Patayya



resepi untuk 2 orang makan

2 cwn Nasi putih
2 ulas Bawang putih, di tumbuk
2 bj Bawang kecil, ditumbuk
1 bj Cili padi, ditumbuk
1 ekor sotong, saiz sederhana, dibersihkan dan di potong bulat
sedikit sayur kobis dan sawi
2 sb Sos tiram
1 sk Sos ikan
sedikit minyak bijan
garam
2 biji telur
minyak untuk menumis
sos cili

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuh sehingga kekuningan.
2. masukkan sotong, sos tiram dan sos ikan.
3. masukkan sedikit garam dan nasi putih.
4. masukkan sayuran dan minyak bijan.
5. teruskan menggoreng sehingga semua bahan sebati dan sayuran sudah lembut. ketepikan.
6. didalam mangkuk pecahkan sebiji telur, panaskan kuali dan tuangkan telur. ratakan telur sehingga nipis.
7. Masukkan nasi di bahagian tengah telur. lipat telur tersebut sehingga menutupi nasi.
8. ambil pinngan dan tangkupkan di atas nasi yang telah dibungkus. terbalikkan kuali.
9. paipkan sos cili diatas permukaan telur.
10. siap untuk dihidang.



Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Dah lama tak makan nasi goreng patayya ni... sedap tuh

    ReplyDelete
  2. sekali sekala makan kan..memang sedap..

    ReplyDelete