Thursday, May 21, 2015

PiSaNg chEEse

Hyeee....

Baru baru ni pisang kat pokok dah pun masak...so macam biasa r pisang cheese mendapat permintaan banyak dari member member kat tempat kerja. rajinkan lah jugak diri ni memenuhi keinginan diorang tu.

Pisang yang aku gunakan ialah pisang abu..ntah ye ntah tak pisang abu...kihkihkih..dah orang cakap pisang abu..aku pun iye kan je la...



pisang ni aku tanam kat belakang umah...bila berbuah setandan...nampak gaya seminggu la jawab nye makan pisang...pisang goreng, puding pisang, pisang sira, pisang cheese, cekodok pisang, lempeng pisang...macam macam la kaedahnya nak mengabihkan pisang... tapi mujurlah bila peram pisang ni dia masak berperingkat..kalau masak sekaligus..ermmmmm habis r...



Pisang cheese ni pernah menjadi viral pada blogger makanan...masa tu pun aku sebuk gak buat cuma malas nak update dalam blog je...ni bile dah sunyi sepi pasal pisang cheese baru lah aku terhegeh hegeh nak story mory gitu...

Moh Masak Pisang Cheese



Bahan tepung pisang

1 cwn Tepung beras
sedikit air kapur
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
air
Pisang

Bahan sos

1 cwn Susu pekat manis
1/2 cwn Mentega

Bahan tabur

Parutan Coklat atau coklat chip atau coklat rice
parutan keju cheddar

1. Bancuh tepung untuk menggoreng pisang, jangan terlalu pekat atau cair.
2. Goreng pisang sehingga kekuningan.
3. masak mentega bersam susu pekat sehingga mentega cair. ketepikan.
4. Didalam pinggan lain, susun pisang kemudian curahkan sos diatasnya dan kemudian taburkan parutan coklat dan keju.
5, siap untuk dihidang.



Yummy!

No comments:

Post a Comment