Monday, May 4, 2015

PuDinG RoTi

Assalammualaikum...

selamat menyambut hari pekerja dan hari wesak..

kat dungun cuti 3 hari jer... untung laaa negeri yang dapat cuti 4 hari... hari sabtu aku dah balik dungun pasal hari ahad en.azam ada pertandingan memancing kat Pantai Balok Kuantan.. tak de rezeki nak dapat ikan.. x pe r ...lain kali cuba lagi...



Hari ni aku nak kongsikan resepi puding roti. kalau benda benda manis gini memang bagi la kat en.azam...suka sangat,,, aku pun sama gak...hehehehehehe... puding roti ni sedap makan ngan sos kastard atau sos vanilla. tapi malas r nak buat...so aku makan ngan ais krim vanilla je... nama omputih nye puding roti a la mode..gitewww!


Moh Masak Puding Roti



loyang saiz 6 inci

6 - 8 kpg Roti putih
2 sb Mentega
400 ml Susu segar UHT
140 gm Gula
1 sk Esen Vanilla
3 biji Telur

1. Potong roti kecil kecil. aku potong 6. 
2. susun didalam loyang.
3. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, gula dan esen vanilla. Kacau sehingga gula larut.
4. Tuangkan kedalam loyang yang ada roti tadi. letakkan mentega siket siket di atas roti tadi.
5. biarkan setengah jam sebelum bakar, supaya roti dapat meresap sepenuhnya adunan kastard tadi.
6. sebelum bakar tekan tekan kan roti dan taburkan sedikit gula diatas roti.
7. Panaskan oven pada suhu 165C .
8. letakkan loyang puding roti diatas satu lagi loyang yang mengandungi air. (waterbath)
9. masukkan dalam oven dan bakar selama 40 minit atau sehingga keperangan.

sedap di makan ketika masih panas...makan lak ngan ais krim...ngam!



Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment