Petua Memasak

jom kite nengok petua or tips yang boleh di guna pakai di dalam dapur...

Ada masalah di dapur...jeng jeng jeng....aku di sini untuk membantu...mari cerita apa masalah nye...

1. Nak rebus telur untuk nasi lemak...tapi telur kuning tu jadi warna kelabu kat luar nya...tak cantik...pastu telur kuning dok kat tepi...

    Senang je tu dek oi...macam ni...rebus air sampai mengelegak...masukkan telur dan kacau air tu masa tengah masak...lepastu masak dalam 12 minit...pasti telur kuning nye cantik dan dok berada kat tengah tu...try yea...


2. Saya buat kek, tapi kek saya tu dah macam letusan gunung berapi...membukit nau...

   hahahahaha, ini pasti temperature dalam oven terlalu tinggi...kalau buat kek hanya guna 170c or 180c, nengok betul betul resepinya...mungkin juga baking powder atau tepung sudah terlebih...itu yang membukit..


3. Alaaaaa abis la...lauk ni dah terlebih masin...nak wat cam mana ni?

     Ermmmm ni berangan x sudah dok kat dapur...tu yang tercurah selori garam...kalau macam tu cuba masukkan sudu besi kedalam lauk tersebut atau pun masukan ubi kentang dimana keduanya boleh mengurangkan rasa masin lauk.


4. Ups...lidi sate ni sudah terbakar...patah sudaaaa....

       Kalau nak menggunakan lidi sate dalam masakan seperti sate, kebab atau pun sejenis dengan nya...dan hendak dibakar...kamu semua bolehlah merendam dulu lidi tersebut di dalam air selama 30 minit untuk mengelakan lidi ni terbakar.

5. Alamak herbs ni dah benyek...euwwwww...
   
      Kalau kite suka menggunakan herbs and spices dalam masakan, cara yang lebih bagus untuk menyimpannya adalah didalam peti sejuk beku dalam bekas kedap udara. ini kerana sekiranya kita simpan di dalam chiller, ianya akan mudah rosak dan benyek. tapi kalau kite simpan dalam freezer/ peti sejuk beku... kita masih boleh gunakannya lagi...

6. ayoyo! x der sapa kat umah ni..nak mintak tolong bukakkan botol...ketat sangat ni...!

          Itu senang saja, pakai glove getah untuk membuka botol. pasti botol akan senang terbuka. ataupun kamu boleh ketuk sedikit dikeliling botol tersebut.


7.  Menipu ni x baik...aku pun tak suruh kamu menipu, tapi sekira nya kite meletak 2 titik pewarna kuning dalam air rebusan mee..ataupun spaghetti...haaaaa ia akan kelihatan seperti homemade noodles...tadaa!

8. haaaaa...nak buat fresh orange sedap tak? letak sedikit garam dalam fresh orange tersebut...dan rasa nya akan menjadi masam lemak manis masin...hehehehehe semua rasa ada...yummy! cubalah...

9. Selalu tak ada serpihan kulit telur dalam telur yang telah dipecah...dan nak ambil serpihan tu sukarkan...nak cara mudah? gunakan kulit telur yang lain untuk mengambil serpihan kulit telur tu...pasti berjaya..

10. nak masak spaghetti? selalu lah letak dalam kepala bahawa 8 aun pasta kering...bila telah dimasak akan menjadi lebih kurang 4 cwn...so dah boleh bajet la masak pasta...tak la terlebih lebih pulak nnt...

11.  kamu kena tau...1 cawan dried beans macam kacang hijau, kacang merah, kacang dhal, kacang kuda yang kering tu...bila direbus akan menjadi 2 1/2 cawan..

12. Biasanya, kalau kat rumah kite suka rendam ayam , daging dan ikan dalam sinki untuk melembutkan bila baru kuar dari freezer, jangan buat macam tu...bahaya kerana bacteria akan membiak...kalau nak guna ayam dan lain2...pastikan keluar lebih awal dan di biarkan dalam chiller...lebih selamat...

13. kalau kite guna celery dan ada lebihan yang banyak...cara nak simpan yang lebih bagus adalah membalut celery dengan aluminium foil...ianya boleh tahan lebih kurang seminggu...

14. Ingat! kalau nak simpan taugeh...simpan dalam bekas tertutup yang mengandungi air...didalam chiller..

15. Kalau kite terlupa hendak menyapu mentega pada loyang membakar kek...jangan risau..apabila kek telah masak letak kan loyang di atas kain basah beberapa minit, insyaallah kek atau produk yang di bakar mudah di keluarkan.

16. Gunakan ice-cream scoop untuk meletak kan adunan muffin kedalam acuan, ini akan memastikan saiz muffin semuanya sama.

17.